mucuk-mucuk sy ;)

Sunday 22 July 2012

Ganjaran Solat Terawih Berbeza Setiap Malam ♥

Assalamualaikum.
Salam Ramadhan :)

Alhamdulillah kita dapat lagi merasai bulan Ramadhan tahun ini. Jangan lah kita lepaskan peluang untuk memperoleh ganjaran di bulan mulia ini :)


Kelebihan Sembahyang Tarawih Malam 1 Hingga 30


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.




                                                       Love,   

Saturday 21 July 2012

Kau bukan Aku.

Kadang-kadang terasa terlalu penat untuk melangkah meneruskan semua ini.
Semua yang aku sendiri tak rela.


Katalah apa yang kau nak kata, aku tak mampu nak halang. Walaupun aku lemas letih dengan semua ini. Kau tak akan faham keadaan aku. Hanya kerana kau bukan aku. Kau nak semua orang faham kau. Tapi kau tak mahu faham orang lain.

Pada dasarnya, hidup ini sangat indah untuk ditangisi. Aku impikan hidup yang sentiasa bahagia. Tapi aku tahu, ianya mustahil kerana aku terlalu mendengar kata orang, menjaga hati orang lain.

'pedulikan mereka'. Memang mudah untuk berkata. Kalau ianya semudah yang dikata, sudah tentu aku buat. aku buat sejak azali lagi.

Tolonglah jangan menyesakkan hidup aku lagi, kalau kau tak mampu nak jadi orang yang aku anggap sebagai kawan aku. Kau pergilah, jangan ganggu hidup aku lagi dengan fitnah kau. Kau bawalah jauh2 perasaan cemburu kau. Aku tak faham kenapa harus cemburu. Kau punya semua, ya semua! semua yang aku tak ada.


                                                       Love,   

Saturday 7 July 2012

Pakej Penyatuan 3 hari 2 malam ♥♥♥

Assalamualaikum.

Terasa macam nak kongsi hasil tangkapan masa pergi OPKIM ;)

Ketinggianku yang amat meminta penampar ;p

                                               


                                                   


                                                 
Fariq & Yaya

Assalamualaikum kak! hihihihi

 Muka dah macam vampire sbb panas terik -.-


Yana pedajal Fariq ;p 







Malam kebudayaan ♥

Program OPKIM, program anak angkat organised by saya punya classmate berjalan dengan lancar last weekend :) Sebelum pergi, terasa amat tak seronok sebab dahlah mmg duduk Pontian, then program anak angkat pun dekat Sungai Kuali,Pontian. Tak ada feel lah kan? haha Mula-mula rasa macam nak tarik diri daripada program ni, at last tak jadi.

Tapi syukur Alhamdulillah program ni sangat memberikan makna pada saya, kami yg jarang sangat2 sejak akhir2 ni spent time sama2, dapat buat semua aktiviti sama2. Secara tak langsung, program ini merapatkan KAMI semula selepas banyak hal yang berlaku :') Kalau lah saya tarik diri, mungkin KAMI tak akan rapat balik macam sekarang. Everything happens for a reason kan? 





Alhamdulillah. Thats all i wanna say :')

                                                       Love,   

Resipi Red Velvet Cupcake Mudah

Assalamualaikum.
Petang sabtu yg sejuk sbb hujan, tak ada nak buat apa, tiba2 rasa nak buat Red Velvet Cupcake. Ini dia hasilnya ;)


Seperti yg kak Emma mintak, ni diaa resipi dia.hehe ;) resipi ni pun ikut org je.hee

Bahan kering
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko *kurang sikit pun okay ;)

Bahan basah
2 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu + 1 sudu besar cuka putih / lemon juice )
1 sudu kecil vanilla essence
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu besar pewarna merah

Cream cheese topping
125 gm cream cheese
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula icing
1 sudu besar perahan lemon

Cara-cara

Panaskan oven 180 degree celcius
Ayak bahan kering
pukul semua bahan basah dengan mixer hingga kembang dan sebati
Masukkan bahan kering ke dalam adunan bahan basah - gaul hingga sebati ( boleh guna mixer, low speed)
Masukkan dalam acuan, bakar selama 18-20 minit
Untuk topping , pukul semua bahan sehingga sebati. Letak topping bila cupcakes yang dah masak tu sejuk

Credit: My Resipi