mucuk-mucuk sy ;)

Friday 30 December 2011

hmm :'(

miss you much my dear JaHaT :'( 
bila awak nak sihat? lama dah eka tunggu awk keluar dari workshop :'(
eka tau awk sakit teruk sbb eka , eka minta maaf :'(



#miss u much JaHaT :'(

                                                      love,


Saturday 24 December 2011

Break sekejap

Haihhhhhhhhhhh..... Panjangnya mengeluh ! Ishh ishh ishh -.-

Students life memang la tersangat-sangat sibuk. Nasib baik lahh ada cuti (tak cuti sgt sebenarnya) semperna Christmas & New Year . Dapat la berehat masa mid sem break yang tak berapa nak lama ni . Seronok . Seronok dan Seronok ! hee



Muka yang teramat gembira time nak pergi last class tahun 2011,
class ECO Pukul 2 ptg hari Jumaat :D

Disebabkan students life yang teramatlah sibuk, eka pun tak sempat lah nak luahkan isi hati dekat belog tersayang ni . dan tak sempat jugak nak online facebook . ouhhh sedihnya !

Kelas hari-hari sampai petang . kalau kelas tak pack pun mesti ada aktiviti yang tak dapat dielakkan. TAPI , inilah namanya students life kan , mestilah sibuk . kalau tak sibuk bukan student namanya. Bak kata pepatah biar susah susah dahulu senang senang kemudian.cewahhh!

Naik cuti ni , TEST & QUIZ yang menunggu bukan main banyak lagi. ASSIGNMENT yang perlu disiapkan bukan main bertimbun lagi . Adat lahh tu kan ? So time cuti ni kena lah prepare untuk tests & quizzes dan siapkan assignment yaa !


Selamat Bercuti semua :)




                                          love,



Sunday 18 December 2011

Kanser kerana mee segera !

Selamat petang semua ! :D 

Siapa yang tak pernah makan mee segera? Tak kira lah jenama apa. For sure, majoriti pernah makan kan mee segera ni tak kiralah kerap ke jarang ke kan. Eka ni lah penggemar mee segera yg tegar ! HAHA 

Biasanya, students di universiti lah yang paling kerap dan gemar makan mee segera ni sebab murah dan mudah ! Sedapp pulak tu kan . slurrppppp !

Sebagai contoh, ni haaa mamat yg suke makan mee segera :D

#slurrpppppppppp

Menurut laporan doktor, terdapat sejenis lilin yang melapisi mee segera dari melekat antara satu sama lain yang akan membahayakan kesihatan penggunanya.

Seseorang yang mengambil mee segera sitiap hari akan berpeluang menghadapi kanser. Doktor mengatakan bahwa tubuh kita memerlukan waktu lebih dari 2 (dua) hari untuk membersihkan lilin tersebut daripada badan kita.
 # Pastikan lepas 3 hari baru boleh makan maggy lagi yaa :D

Mee segera penyebab kanser :
Ada seorang pramugari SIA (Singapore Air) yang setelah berhenti dan kemudian menjadi seorang suri rumah tangga, tidak memasak tetapi hampir selalu menggunakn Mee segera setiap kali dia makan. Kemudian akhirnya menderita kanser dan meninggal. 

sumber:pakcik google

Gerunnya tengok gambar kat atas ni kan ? 

# kurangkan lah pengambilan mee segera ni ya :)

                                         

                                                              love,


Monday 12 December 2011

Accident.Accident.Accident

Eka accident bertarikh 22 NOVEMBER 2011 lebihkurang pukul 9.30pagi macamtu.
Alhamdulillah eka tak apa2, cume luka2 & lebam2 sikit.
Tapi,Sedih sgt sebab JaHaT sy sakit teruk :(



Teruk kan JaHaT kesayangan eka ni ?

Actually, ramai yg tanya mcm mana boleh accident , eka nak explain pun susahh.
Pagi-pagi selasa ni eka nak balik rumah sebab cuti Hari Keputeraan Negeri Johor,walaupun cuti sehari, eka tetap nak balik, yelaa,kata org, bende dah nak jadi, nak buat mcm mana kan.hmm

Eka lalu second link nak balik pontian, then kene lah lalu jalan ulu pulai kan.
Perjalanan mcm biasa, denga lagu dekat radio, kereta pun tak banayk, kerete pn tade pape problem, bawak pn tak laju . lebih kurang 60-70 km/h

jalan dekat situ mmg bengkangbengkok mcm ular kene palu. hee ;)
tapi eka accident dekat kawasan lepas kubur cina, jalan dia straight sgt.

Dekat jalan straight tu lah tiba-tiba mata eka gelap, langsung tak nampak apa pun.
then terus masuk jalan org lepastu langgar moto. Time langgar moto tu eka langsung tak sedar ape2.
eka sedar time ade dua org akak yg baik hati ni dtg kat kereta tolong eka.

kesian org moto tu :( dia teruk :....(

rasa mcm pelik kan, tapi tulahh kenyataan dia, eka pn taktahu nak explain kat org mcm mana :(

Nasib baik rakyat Malaysia ni prihatin :) ramai yg tolong eka, kalau diaorg takade, taktahu la mcm mana.

Kalau kita sakit kan boleh menghapus dosa kita kan ? Allah nak beri eka pengajaran . Semua nya dah tertulis kan. :) Eka redha .

Everything happens for a reason kan?
:)

                                                                                                 love,


Saturday 19 November 2011

benci.baik

Tak salah kan kalau sy terima atau maafkan semula kawan sy yang pernah bermusuh dengan sy. yang pernah sakit kan hati sy sangat-2. yang pernah buat sy rasa meluat sangat-2. yang selalu buat hati sy sakit. Kalau lah dia yg bakal duduk dengan sy, why not sy maaf kan . sampai bila sy nak terus membeci dia kan. hmm

Berkawan itu kan lagi indah daripada bermusuh . lagi-2 dia duduk dgn sy :)

Tapi, tak mudah utk sy terima org yg pernah sakit kan hati sy, org yg pernah sy benci. but, i have to !
ya Allah, tolong la hamba mu ini :'(

Memang lah perangai dia agak pelik, tapi setiap org ada kelemahan dan kelebihan masing-2 kan .

Bagaimana org boleh menerima kekurangan dan kelemahan sy yg bertimbun-2 ni? Begitu lah sy perlu menerima kelemahan seseorg itu .

YA, sy akan cuba buat kali kedua :)
insyaAllah everything will be fine

Ya Allah eka, jangan pentingkan diri sendiri, dia juga manusia . Tak selamanya kau akan berada diatas eka !



                                                                                           love,

Saturday 12 November 2011

awek VS bakal isteri


LELAKI NAK CARI AWEK


~ Tak kisah laa dia freehair atau bertudung
~ Pakai seksi dan ketat satu kelebihan
~ Nak yang kulit putih jer , muka cantik tu paling dia nak
~ Tak kisah dia perangai macamana pon. Notty lagi dia suka
~ Boleh keluar rumah anytime , anywhere.
~ Nak yang gedik sana , gedik sini. Boleh pegang-pegang
~ Ada DARA ke takde ke tu belakang cerita. Kalau takde DARA , tu satu peluang baik


LELAKI NAK CARI BAKAL ISTERI


~ Nak yang ALIM dan menutup aurat tu WAJIB ! kalau tak bertudung pun mesti sopan
~ Reti hormat orang tua
~ Nak yang pandai dekat dapur. Reti masak-masak
~ Tak kisah cantik ke tak janji sejuk je mata memandang
~ Nak cari yang pandai jaga maruah ! Tak boleh ada lelaki lain sentuh
~ Cari yang pandai jaga diri. Tak curang bila dia kerja
~ Nak yang SUCI jer ! Ada DARA tu WAJIB !


#betul ke macam ni ? errr =="

                                                                                               love,


Tuesday 8 November 2011

Everything Happens For A Reason

"Everything Happens For A Reason"



Dia tahu apa yg terbaik untuk awak, jadikan pengalaman suatu pengajaran.
Jangan pernah merungut, hadapi hari yg mendatang dengan azam baru.

Dear FI,
 If you say I can't, you won't. 
if u say i quit, you lose.  
If you say I'll try, you might just win.
So, you have the power to chose.


p/s: org tersayang sentiasa disisi awak :')


                                                                                                 love,


Friday 4 November 2011

Wordless 4 NOV 2011

sedih.regret.redha.syukur
Alhamdulillah 3 pointer, but i want more !

                         
                                                                   love,


Thursday 3 November 2011

Kek gula hangus ;)

hureyyyyy , harini eka ade buat kek gula hangus, mcm sedap je bile dah makan *tak malu puji diri sendiri. haha

mesti ada yg tak tahu kan kek gula hangus ni macam mana, bukannya eka buat hangus tau, mmg nama dia mcm ni & mmg hitam.hee mehh tgk gamba ni :D

#baru lepas keluarr oven. panas !hee




#dahh siap potong, jum makan . slurpp ;)

pertanyaan : kalau dah boleh buat kek gula hangus, boleh kawin tak ? HAHA *gatal


                                                 love,


Wednesday 2 November 2011

Bosan gaduh

#muka bosan yg mintak penampar ! haha

Gaduh-gaduh bila couple ni memang dah menjadi suatu kebiasaan kan ? tipulah kalau ada siapa yg bercinta tapi tak pernah gaduh, walaupun sekali .


Tapi, kalau tiap-tiap hari gaduh pun tak boleh jugak. Nanti hubungan tu jadi sangat membosankan dan kita tak tahu apa gunanya lagi nak pertahankan hubungan kita tu, kalau pertahankan pun 24 jam bergaduh buat apa, buat sakit hati, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi. err


Tak ada siapa ouhh nak gaduh je time couple, pasangan couple tu jangan asyik salahkan gf/bf diaorg, try cari kesalahan diri sendiri. Actually, pasangan couple yg selalu gaduh ni need some space/time untuk bersendirian. Tapi jangan la hang dok biarkan gf/bf hang masa utk bersendirian lama-lama, kene kebas org lain baru hang tahu erti penyesalan. haha


Antara sebab-sebab pasangan couple ni gaduh , ni lah sebab-sebabnya . Mehh tengok !


  • Indah khabar dari rupa - awal-awal couple dulu, hamboii kalau cakap kemain lembut lagi, dah couple lama, baru tunjukkan perangai sebenar, jangan lah mcmtu, kan lebih elok jadi diri sendiri . Masa berubah, manusia pun berubah. Tapi berubahlah kepada kebaikan, kan lebih baik ? ;)

  • Family - Banyak je pasangan couple yg tak dapat restu daripada family, all u have to do is prove dekat family couple awak yg awak ni takkan akan sia-siakan pasangan awak tu :) Kadang-kadang, kita perlu ambil hati family pasangan kita tu tak kisah lah dengan cara apa sekali pun.

  • Teman menjadi keutamaan - Paling famous, sebab teman lah kita selau bergaduh dengan pasangan kita. Jika dikira mengikut jam, kita lebih banyak meluangkan masa bersama teman-teman kita daripada pasangan kita, kita akan lebih percayakan apa yg teman kita cakapkan, walaupun sesuatu yg buruk tentang pasangan kita. Ini parah ya ! Sebaiknya selidik dahulu :) Kalau kita dah hangout dengan teman-teman, nak balas msg pasangan kita pun dah tak sempat.

  • Kerap berhubung/berjumpa - Kalau dah kerap sgt luangkan masa bersama, kita dah tak tahu atau senang kata tak ada hal yg menarik lagi yg nak dibahaskan, mulalah cari pasal. Kalau kita jarang berhubung, kita punya banyak topik-topik yg kita nak cakapkan. Tapi, jangan lah sampai takjumpa 3-4 bulan , nanti tgk2 pasangan kita dah jadi bini/laki org lain baru tahu. haha

p/s : Elakkan la ye gaduh-gaduh =="




                                                                                                                                                                                              


                                                                        love,


Tuesday 1 November 2011

couple VS single

rasa macam nak nangis. sedih . tapi rasa macam nak ketawa pn ade jugak sebab diri terasa bodoh sgt bila bf/gf kita cakap kita dah tak kisah pasal hubungan cinta kita ni kan. haihh

betul ke single lagi bagus daripada couple ae ? conpius. conpius :/

#sumber: pakcik google

haaa, betul cakap gambaa ni, time single rase jealous tgk merpati2 dua sejoli dating,hee tapi time couple pulak rasa mcm single tu lagi baik .#manusia ni tak pernah cukup dengan apa yg ada.

kenapa single tu lebih baik daripada couple ? cecitee sikit !

  • takpayah nak gaduh-gaduh
  • takpayah nak fikir pasal perasaan bf/gf kitaa
  • takpayah pening-pening takut dia kena rampas
  • kalau nak kelua, takpayah nak minta izin bagai
  • bebas nak kenal dengan org2 cantik/hensemm
  • tak payah susah-susah nak pujuk dia bile dia merajuk
  • takpayah nak membazir kredit msg/call bg/gf kita selalu
  • takpayah bazir duit nak pergi date, baik pergi shopping
  • takpayah susah-susah fikir pasal port baik nak berasmara dana HAHA
tanpaa berCOUPLE kita bebas buat apa-apa sajaaa
wehuuuuuuu~

TAPI, sampai bila kita nak sorang-sorang kan? hmmm

kalau couple, ni diaaa kelebihan dia

  • ada kawan nak sayang-sayang
  • ada kawan nak gaduh-gaduh manja
  • ada kawan nak gossip 
  • ada kawan nak mengadu nasib
  • ada kawan yg memahami jiwa kita
  • boleh berkepit 24/7 dengan dia ;)
actually, terpulang dekat individu tu sendiri ya nak couple ke single mingle :D
                                                                                                 
                                                                                                    love,

Friday 28 October 2011

Lelaki suka perempuan cantik je? -__-"

Perempuan cantik ? siapa taknak ohhh. Guarantee punya semua lelaki nak pasangan yang cantik kan. 

                                           #Neelofa

Siapa yg taknak kan kalau dapat teman wanita cantik mcm Neelofa ni, kalau eka jd lelaki pun, mesti la eka nak teman wanita mcm ni . hehe


Kenapa lelaki suka dapat teman wanita yang cantik, cun, seksi, comel . bla bla bla ?
sebab........*pengakuan lelaki sendiri ya ;) hehe

  1. "yela nanti bila member aku nampak,dia akan tegur camni 'cun la awek ko..pandai ko  cari,bagila tips siket weh' aku jadi bangga lah weh!" 
  2. "sedap siket mata memandang,kalau nak marah pown tak jadi,tenang je hati ni! lagi2 kalo seksi lagi la sejuk hati"
  3. "Nanti anak aku cantik mcm mak dia"
banyak jela alasan yg lelaki bagi! haha Tapi respon no 2 tu mcm hampeh sikit. haha


Eka tak nafikan kecantikan pada wanita tu penting, tapi jangan la kita bercinta dengan perempuan itu semata-mata kerana kecantikan fizikalnya. 
Kecantikan dalaman juga penting ya, kalau dapat teman wanita yg cantik, seksi tapi tak tau hormat org tua, kurang hajar,biadap buat apa kan ? :)
Rase mcm nak sepak-sepak je lelaki yang memilih pasangan sebab muka cantik & badan seksi semate-mate. grr *amboi marahnya. haha

Guys yg suka wanita kerana kecantikan fizikal semata-mata, kecantikan fizikal tak kekal abadi ya, kalau dah tua, muka berkedut, badan dah tak hot, wanita tu tak lagi jadi wanita yg cantik dimata anda. Tapi untuk guys yg mencintai wanita kerana sifat wanita itu sendiri dan kecantikan dalamannya, you guys are lucky , dia akan jadi wanita yg paling cantik pada mata anda untuk seumur hidup :)


Pesanan untuk perempuan : Cantik ni ade banyak makna, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau rasa diri tu tak ada kecantikan mcm Lisa Surihani, Neelofa, cantikkan perangai dah tutur kata ya :) *alamak, eka terasa sendiri. haha
Kalau yg dah diberikan kelebihan kecantikan paras rupa, jangan la takbur. Kan lagi elok cantik paras rupa, cantik juga akhlaknya :)


Jum baceee ! :)

"Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Perempuan itu dinikahi karena empat hal, yaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia.” Muttafaq Alaihi dan Imam Lima."


Haa, see ! kecantikan tu penting :) tapi, kecantikan bukanlah segala-galanya.




                                                                            love,

Sunday 23 October 2011

♥ cerita C.I.N.T.A ♥

Hey guys, lets talk about L.O.V.E ;)

#abaikan mata panda saya tu ;)

Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan, namun ia hadir dengan ketentuan
Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan, namun ia hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan :)

Entry kali ni, jiwang sikit.hehe 
Adakah wanita memerlukan lelaki dalam hidupnya? TIDAK! tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan ;)begitu juga dengan saya, saya memerlukan lelaki dalam hidup saya *amboii, gatal. haha
Bercinta di usia muda tak salah kan? asalkan kita dapat menjaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh agama, kan? hee


Cinta ni datang dan pergi tanpa diduga. Sekiranaya cinta itu milik kita, walaupun sesusah mana pun jalan dan cabaran yang bakal kita lalui dalam bercinta, cinta itu tetap akan menjadi milik kita :)

Cinta ni bukan semudah yang kita sangka kan dengan hanya lafazkan "i love you" . Kalau lah cinta semudah itu, dah lama saya bercinta dengan Aaron Aziz. haha ok, stop merepek.
Apabila kita mencintai seseorang, kita akan memahaminya, kita akan ambil berat pasal dia, kita juga akan berkongsi suka dan duka dengan dia dan yang paling penting sekali, kita ikhlas bersama dengannya.

Pada saya, cinta juga tidak seharusnya memiliki dan tidak semestinya bersatu, apabila kita mencintai seseorang, jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada seseorang itu, kerana keinginan memiliki itu mungkin tidak kesampaian dan ianya suatu penyiksaan !

#Pesanan penaja:
Saya tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat saya berikan.MAAF :'|

Dalam bercinta, tak semestinya kita perlu habiskan masa 24jam bersama pasangan kita #nanti bosan okay ! haha kita kadang-kadang perlu memberi pasangan kita ruang, jangan kongkong dia :) lebih elok, kita try jadi kekasih yang merangkap kawan dia , barulah hubungan akan kekal lama :)


jom tengok survey ni !

Soalan yang ditanya adalah,

Soalan cepumas buat anda yang sedang bercouple. Manakah yang lebih penting? Kekasih atau kawan-kawan?
Seramai 852 orang yang telah menjawab soalan tersebut (dan masih ada lagi yang sedang menjawab soalan itu). Keputusan yang kami terima adalah seperti yang telah kami jangkakan.







Seramai 82% pasangan menjawab mereka lebih mementingkan kawan-kawan daripada kekasih mereka sendiri. Dan selebihnya, 18% yang lain lebih mementingkan kekasih daripada kawan-kawan mereka.
Daripada analisa kami, ianya mungkin disebabkan kita lebih mudah untuk berbincang dan berkongsikan cerita dengan kawan-kawan kita. Lagi-lagi apabila kawan itu seusia dengan kita, yang lebih memahami perasaan dan situasi yang kita sedang alami.
Berbeza dengan kekasih, di mana sesetengah perkara itu kita tidak dapat berkongsi dengan mereka. Lagi-lagi apabila perkara itu sensitif dan boleh membuatkan mereka berkecil hati. Selain daripada itu, dengan kekasih kita akan lebih menjaga sikap dan tingkah laku, membuatkan kita kurang open apabila bersama dengan mereka.


Kesimpulannya, jadilah boyfriend/girlfriend yang memahami pasangan masing-masing, yang boleh jadi kekasih dah kawan dalam suatu masa.


                                                                                                   love,

Saturday 22 October 2011

saya sakit !



Kadang-kadang saya rasa kehidupan ini terlalu sukar 
Banyak perkara yang buatkan saya rasa nak pergi jauh-jauh dari kehidupan sekarang :'(
saya rasa tak mahu berhadapan dengan semua org, saya tak mahu bercakap dengan semua org
MAAF, saya tahu saya tak sempurna macam org lain, saya punya banyak kekurangan.
kalau awak rasa awak lebih bahagia dengan org lain, pergilah, saya terima walaupun saya tahu saya akan sakit, tapi saya lebih rela sakit daripada lihat awak sakit
Sejujurnya, saya tak pernah menyesal kenal dengan awak, saya tak pernah bosan bila dengan awak tapi saya nak tgk awak bahagia.
kalaulah saya boleh undurkan masa, mungkin kita tak akan kenal, dan awak tak akan terseksa hidup dengan saya dan awak boleh jumpa dengan orang yang boleh buat awak bahagia :')



                                                             love,

Friday 14 October 2011

Rasa KOSONG

Assalamualaikum ^^



heyyy ! 
sekarang eka rasa hidup ni macam kosong je, tak ada meaning punn :'( 
kenapa ae ? rasa macam tak ada tujuan hidup lah !
Semua yg eka buat rasa tak betul, tak kena. hmm
Rasa hidup ni mcm tak ada seri dah , haa . tgk mcm gamba kat atas tu, pucat je, hitam putih je.hee
                                                                                   
                                                                              love,



Thursday 13 October 2011

Kehidupan


#terima kasih :)


Hidup kita bagaikan roda, kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah. 


Kadang kala terasa begitu susah perjalanan hidup kita. Masalah dan dugaan silih berganti menguji kesabaran.

Tetapi, apa ertinya hidup tanpa cabaran dan dugaan? Sesungguhnya cabaran dan dugaan mematangkan kita dan menjadikan kita seorang yang lebih dewasa.

Kekecewaan pula mengajar kita erti kehidupan.Keringkan air mata dan teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup. 

Janganlah kita terus jatuh selepas menghadapi dugaan, bangunlah setiap kali kita sudah terjatuh seperti matahari yang terbit di pagi hari. Sesungguhnya, sinar dan harapan baru menanti kita :')

                                       
                                                                              love,



Wednesday 12 October 2011

kenangan terindah

Assalamualaikum, 




                                                         

                                                           NUR AISHAH DIANAH
                                                     cantik nama ni , secantik orangnya :)

YANA, sy kenal dia dari hari pertama sy menjejakkan kaki ke UiTMJB. First time sy pandang dia masa dekat dorm , hati sy terdetik "Ya Allah, cantiknya dia" . Ibu dia ni sgt2 peramah. Sy dgn ibu dia berbual pada hari pertama masuk UiTM tu. Memandangkan sy dapat katil yg dekat dengan dia, kami menjadi rapat. Kami memilih koko yg sama semasa sem 1, Kesatria -.- dan koko yg sama juga untuk sem 2 dan sem 3, Sport Event Management. Tanpa dirancang, kami dapat dorm yg sama untuk sem 2, alhamdulillah!  dan sem 3 kami menjadi NR bersama dan dudk dirumah sewa bersama yaya & tika.

Selepas kenal YANA, memang ternyata dia seorang yg senang mesra, pandai mengambil hati , ikhlas bila berkawan, baik hati dan paling penting sekali dia merupakan seorang sahabat yg baik !
Kami memang sangat rapat, kemana-mana sahaja sy pergi , mesti ada dia. Ponteng kelas sama-sama, ponteng koko sama-sama, pergi makan sama-sama,basuh baju sama-sama. Kalau sy terpaksa pergi bersendirian kemana-mana, mesti ada yg bertanyakakan "mana yana ? " Kami memang sangat rapat.

YANA seorang yg sangat sweet dan sangat sukakan warna putih
dia suka ketawa
dia cepat marah , tapi cepat cool ;)
dia banayak mulut, senang untuk didekati
dia tak pernah belagak dengan kecantikan yg dia ada
dia tidak pernah membuat org rasa kekok bila bersamanya
dia memahami
dia jugak boleh ketawa dan menagis dalam masa yg sama
hebat tak ? hee
yang paling penting dia baik :)

Malangnya,
Sekarang kita dah tak berkesempatan untuk lepak sama-sama, gossip sama-sama,kongsi cerita sama-sama sbb awk dah ada boyfriend. TAPI,walaupun kita tak dapat spend masa bersama lagi mcm dulu2, awk sentiasa ada dalam hati sy :)




Yana and her boyfriend, MOHAMAD RAFIE.
sy harap rafie selalu buat awk gembira dan bahagia :)

Sy pasti rafie dapat bahagiakan awak, jangan asyik gaduh2 ya?
Happy always ya, sahabat !
kalau ada apa2 yg awk nak cerita, i'll be there for you :)
#ilovemissyou



                                                                                                love,                        



Tuesday 11 October 2011

sahabat

Assalamualaikum,

SAHABAT?
"Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau suburkan dengan penuh rasa terima kasih."

Rasa terlalu bahagia apabila kita mempunyai sahabat yg sentiasa disisi kita ketika kita memerlukan seseorang untuk mengadu cerita dan meminta pertolongan. Sahabat yg sejati tidak pernah meninggalkan kita semasa kita dalam kesusahan, dia akan tetap bersama kita walaupun dia terpaksa meninggalkan sesuatu yg lebih menguntungkan jika dibandingkan untuk bersama kita sesama kita didalam kesusahan.

Rasanya setelah 19 tahun bergelar hamba Allah di muka bumi ini, sy telah menemukan berbagai-bagai jenis sahabat. Antaranya sahabat hipokrit, sahabat pengampu , sahabat yg membawa sy jauh dari Allah.

*sahabat hipokrit

ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

*sahabat pengampu

Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

*sahabat yg membawa sy semakin jauh dari Allah

Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Sy bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mengenal sahabat-sahabat yang sebegitu. Tetapi sy lebih bersyukur apabila Allah temukan sy dengan sahabat sejati.
Dia mendorong sy mencapai kejayaan didunia dan diakhirat, 

dia sentiasa memberikan sy pertolongan semasa sy dalam kesusahan,
dia tidak pernah putus-putus memberikan sy dorongan,
dia lebih senang mengalah jika berlaku perselisihan faham demi menjaga kepentingan persahabatan,
dia akan tersenyum apabila melihat sy gembira :)

                    

                                       sy sayang awk, SAHABAT!

                                    Terima kasih, SAHABAT :)
                                                                          
                                     #nurulhidayahkhairudin
                    Persahabatan itu seperti tangan dan mata,                   
                    saat tangan terluka mata menangis,

                    saat mata menangis tangan akan menghapusnya.


                                                                                    love,                                                             




Monday 10 October 2011

Afraid !

Dear FI ,












                                                                                                                      love,

Semakin RINDU


Assalamualaikum
RINDU ITU ADALAH ANUGERAH DARIPADA ALLAH,
INSAN YANG BERHATI NURANI PUNYAI RASA RINDU.
                                                                                                           -Ummi Munaliza-                             

RINDU ?
Mesti semua orang pernah rasa rindu kan. Takkisahlah rindu dekat family, kawan, cikgu, kucing, katak, bantal busuk, ok ! dah cukup merepek -.-

Masa pantas berlalu, sedar ataupun tidak, kita telahpun mengalami satu fasa kehidupan yang lain. Baru semalam rasanya emak memakaikan baju sekolah sewaktu hari pertama persekolahan. Hari ini, sy telahpun habis sem 3. Sesungguhnya, kita akan merindui kenangan yang manis dalam kehidupan kita. 


Sahabat, sy rindu awak !



p/s : Walaupun kita dah tak dapat keluar sama-sama, kongsi cerita sama-sama, susah senang bersama. Awak tak pernah hilang dari ingatan kami , cuma sy minta, jaga diri dan jangan lupakan kami :'|
pandai-pandai bawa diri,ya ?                                                                                      

                                                                                                             love,
                                                                                                                                                                                                                                                                                                    

Undurkan Masa



Assalamualaikum

Kalaulah kita boleh undurkan masa, pasti banyak benda yg kita tak nak lakukan dan semestinya banyak benda yg kita mahu lakukan.
Sy sgt rindukan zaman sekolah sy :'(
Banyak perkara yg tak sepatutnya sy lakukan telah sy lakukan dan banyak perkara yg sy nak lakukan tapi tak kesampaian. Boleh tak undur kan masa ? YA , sy tahu semestinya tak boleh, kan. Sekarang kita hanya boleh mengenang kenangan-kenangan dulu sahaja yg manis dan masam . hee 


kalau lah masa boleh diundurkan, banayk sgt2 list perkara yg sy takan lakukan. Antaranya:
  • Belajar betul2
  • Takmahu ponteng sekolah/kelas
  • Taknak couple ;) hihi
  • Taknak buat masalah disiplin kat sekolah

    errr . banyak laa . hehe tanak la listkan banyak2, nanti kantoi. haha





kenangan :')
#gambarnitakdekenemengenapun

Bubye !
                                                       
                                                                                                            love,