mucuk-mucuk sy ;)

Friday 28 October 2011

Lelaki suka perempuan cantik je? -__-"

Perempuan cantik ? siapa taknak ohhh. Guarantee punya semua lelaki nak pasangan yang cantik kan. 

                                           #Neelofa

Siapa yg taknak kan kalau dapat teman wanita cantik mcm Neelofa ni, kalau eka jd lelaki pun, mesti la eka nak teman wanita mcm ni . hehe


Kenapa lelaki suka dapat teman wanita yang cantik, cun, seksi, comel . bla bla bla ?
sebab........*pengakuan lelaki sendiri ya ;) hehe

  1. "yela nanti bila member aku nampak,dia akan tegur camni 'cun la awek ko..pandai ko  cari,bagila tips siket weh' aku jadi bangga lah weh!" 
  2. "sedap siket mata memandang,kalau nak marah pown tak jadi,tenang je hati ni! lagi2 kalo seksi lagi la sejuk hati"
  3. "Nanti anak aku cantik mcm mak dia"
banyak jela alasan yg lelaki bagi! haha Tapi respon no 2 tu mcm hampeh sikit. haha


Eka tak nafikan kecantikan pada wanita tu penting, tapi jangan la kita bercinta dengan perempuan itu semata-mata kerana kecantikan fizikalnya. 
Kecantikan dalaman juga penting ya, kalau dapat teman wanita yg cantik, seksi tapi tak tau hormat org tua, kurang hajar,biadap buat apa kan ? :)
Rase mcm nak sepak-sepak je lelaki yang memilih pasangan sebab muka cantik & badan seksi semate-mate. grr *amboi marahnya. haha

Guys yg suka wanita kerana kecantikan fizikal semata-mata, kecantikan fizikal tak kekal abadi ya, kalau dah tua, muka berkedut, badan dah tak hot, wanita tu tak lagi jadi wanita yg cantik dimata anda. Tapi untuk guys yg mencintai wanita kerana sifat wanita itu sendiri dan kecantikan dalamannya, you guys are lucky , dia akan jadi wanita yg paling cantik pada mata anda untuk seumur hidup :)


Pesanan untuk perempuan : Cantik ni ade banyak makna, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau rasa diri tu tak ada kecantikan mcm Lisa Surihani, Neelofa, cantikkan perangai dah tutur kata ya :) *alamak, eka terasa sendiri. haha
Kalau yg dah diberikan kelebihan kecantikan paras rupa, jangan la takbur. Kan lagi elok cantik paras rupa, cantik juga akhlaknya :)


Jum baceee ! :)

"Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Perempuan itu dinikahi karena empat hal, yaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia.” Muttafaq Alaihi dan Imam Lima."


Haa, see ! kecantikan tu penting :) tapi, kecantikan bukanlah segala-galanya.




                                                                            love,

Sunday 23 October 2011

♥ cerita C.I.N.T.A ♥

Hey guys, lets talk about L.O.V.E ;)

#abaikan mata panda saya tu ;)

Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan, namun ia hadir dengan ketentuan
Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan, namun ia hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan :)

Entry kali ni, jiwang sikit.hehe 
Adakah wanita memerlukan lelaki dalam hidupnya? TIDAK! tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan ;)begitu juga dengan saya, saya memerlukan lelaki dalam hidup saya *amboii, gatal. haha
Bercinta di usia muda tak salah kan? asalkan kita dapat menjaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh agama, kan? hee


Cinta ni datang dan pergi tanpa diduga. Sekiranaya cinta itu milik kita, walaupun sesusah mana pun jalan dan cabaran yang bakal kita lalui dalam bercinta, cinta itu tetap akan menjadi milik kita :)

Cinta ni bukan semudah yang kita sangka kan dengan hanya lafazkan "i love you" . Kalau lah cinta semudah itu, dah lama saya bercinta dengan Aaron Aziz. haha ok, stop merepek.
Apabila kita mencintai seseorang, kita akan memahaminya, kita akan ambil berat pasal dia, kita juga akan berkongsi suka dan duka dengan dia dan yang paling penting sekali, kita ikhlas bersama dengannya.

Pada saya, cinta juga tidak seharusnya memiliki dan tidak semestinya bersatu, apabila kita mencintai seseorang, jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada seseorang itu, kerana keinginan memiliki itu mungkin tidak kesampaian dan ianya suatu penyiksaan !

#Pesanan penaja:
Saya tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat saya berikan.MAAF :'|

Dalam bercinta, tak semestinya kita perlu habiskan masa 24jam bersama pasangan kita #nanti bosan okay ! haha kita kadang-kadang perlu memberi pasangan kita ruang, jangan kongkong dia :) lebih elok, kita try jadi kekasih yang merangkap kawan dia , barulah hubungan akan kekal lama :)


jom tengok survey ni !

Soalan yang ditanya adalah,

Soalan cepumas buat anda yang sedang bercouple. Manakah yang lebih penting? Kekasih atau kawan-kawan?
Seramai 852 orang yang telah menjawab soalan tersebut (dan masih ada lagi yang sedang menjawab soalan itu). Keputusan yang kami terima adalah seperti yang telah kami jangkakan.







Seramai 82% pasangan menjawab mereka lebih mementingkan kawan-kawan daripada kekasih mereka sendiri. Dan selebihnya, 18% yang lain lebih mementingkan kekasih daripada kawan-kawan mereka.
Daripada analisa kami, ianya mungkin disebabkan kita lebih mudah untuk berbincang dan berkongsikan cerita dengan kawan-kawan kita. Lagi-lagi apabila kawan itu seusia dengan kita, yang lebih memahami perasaan dan situasi yang kita sedang alami.
Berbeza dengan kekasih, di mana sesetengah perkara itu kita tidak dapat berkongsi dengan mereka. Lagi-lagi apabila perkara itu sensitif dan boleh membuatkan mereka berkecil hati. Selain daripada itu, dengan kekasih kita akan lebih menjaga sikap dan tingkah laku, membuatkan kita kurang open apabila bersama dengan mereka.


Kesimpulannya, jadilah boyfriend/girlfriend yang memahami pasangan masing-masing, yang boleh jadi kekasih dah kawan dalam suatu masa.


                                                                                                   love,

Saturday 22 October 2011

saya sakit !



Kadang-kadang saya rasa kehidupan ini terlalu sukar 
Banyak perkara yang buatkan saya rasa nak pergi jauh-jauh dari kehidupan sekarang :'(
saya rasa tak mahu berhadapan dengan semua org, saya tak mahu bercakap dengan semua org
MAAF, saya tahu saya tak sempurna macam org lain, saya punya banyak kekurangan.
kalau awak rasa awak lebih bahagia dengan org lain, pergilah, saya terima walaupun saya tahu saya akan sakit, tapi saya lebih rela sakit daripada lihat awak sakit
Sejujurnya, saya tak pernah menyesal kenal dengan awak, saya tak pernah bosan bila dengan awak tapi saya nak tgk awak bahagia.
kalaulah saya boleh undurkan masa, mungkin kita tak akan kenal, dan awak tak akan terseksa hidup dengan saya dan awak boleh jumpa dengan orang yang boleh buat awak bahagia :')



                                                             love,

Friday 14 October 2011

Rasa KOSONG

Assalamualaikum ^^



heyyy ! 
sekarang eka rasa hidup ni macam kosong je, tak ada meaning punn :'( 
kenapa ae ? rasa macam tak ada tujuan hidup lah !
Semua yg eka buat rasa tak betul, tak kena. hmm
Rasa hidup ni mcm tak ada seri dah , haa . tgk mcm gamba kat atas tu, pucat je, hitam putih je.hee
                                                                                   
                                                                              love,



Thursday 13 October 2011

Kehidupan


#terima kasih :)


Hidup kita bagaikan roda, kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah. 


Kadang kala terasa begitu susah perjalanan hidup kita. Masalah dan dugaan silih berganti menguji kesabaran.

Tetapi, apa ertinya hidup tanpa cabaran dan dugaan? Sesungguhnya cabaran dan dugaan mematangkan kita dan menjadikan kita seorang yang lebih dewasa.

Kekecewaan pula mengajar kita erti kehidupan.Keringkan air mata dan teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup. 

Janganlah kita terus jatuh selepas menghadapi dugaan, bangunlah setiap kali kita sudah terjatuh seperti matahari yang terbit di pagi hari. Sesungguhnya, sinar dan harapan baru menanti kita :')

                                       
                                                                              love,



Wednesday 12 October 2011

kenangan terindah

Assalamualaikum, 




                                                         

                                                           NUR AISHAH DIANAH
                                                     cantik nama ni , secantik orangnya :)

YANA, sy kenal dia dari hari pertama sy menjejakkan kaki ke UiTMJB. First time sy pandang dia masa dekat dorm , hati sy terdetik "Ya Allah, cantiknya dia" . Ibu dia ni sgt2 peramah. Sy dgn ibu dia berbual pada hari pertama masuk UiTM tu. Memandangkan sy dapat katil yg dekat dengan dia, kami menjadi rapat. Kami memilih koko yg sama semasa sem 1, Kesatria -.- dan koko yg sama juga untuk sem 2 dan sem 3, Sport Event Management. Tanpa dirancang, kami dapat dorm yg sama untuk sem 2, alhamdulillah!  dan sem 3 kami menjadi NR bersama dan dudk dirumah sewa bersama yaya & tika.

Selepas kenal YANA, memang ternyata dia seorang yg senang mesra, pandai mengambil hati , ikhlas bila berkawan, baik hati dan paling penting sekali dia merupakan seorang sahabat yg baik !
Kami memang sangat rapat, kemana-mana sahaja sy pergi , mesti ada dia. Ponteng kelas sama-sama, ponteng koko sama-sama, pergi makan sama-sama,basuh baju sama-sama. Kalau sy terpaksa pergi bersendirian kemana-mana, mesti ada yg bertanyakakan "mana yana ? " Kami memang sangat rapat.

YANA seorang yg sangat sweet dan sangat sukakan warna putih
dia suka ketawa
dia cepat marah , tapi cepat cool ;)
dia banayak mulut, senang untuk didekati
dia tak pernah belagak dengan kecantikan yg dia ada
dia tidak pernah membuat org rasa kekok bila bersamanya
dia memahami
dia jugak boleh ketawa dan menagis dalam masa yg sama
hebat tak ? hee
yang paling penting dia baik :)

Malangnya,
Sekarang kita dah tak berkesempatan untuk lepak sama-sama, gossip sama-sama,kongsi cerita sama-sama sbb awk dah ada boyfriend. TAPI,walaupun kita tak dapat spend masa bersama lagi mcm dulu2, awk sentiasa ada dalam hati sy :)




Yana and her boyfriend, MOHAMAD RAFIE.
sy harap rafie selalu buat awk gembira dan bahagia :)

Sy pasti rafie dapat bahagiakan awak, jangan asyik gaduh2 ya?
Happy always ya, sahabat !
kalau ada apa2 yg awk nak cerita, i'll be there for you :)
#ilovemissyou



                                                                                                love,                        



Tuesday 11 October 2011

sahabat

Assalamualaikum,

SAHABAT?
"Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau suburkan dengan penuh rasa terima kasih."

Rasa terlalu bahagia apabila kita mempunyai sahabat yg sentiasa disisi kita ketika kita memerlukan seseorang untuk mengadu cerita dan meminta pertolongan. Sahabat yg sejati tidak pernah meninggalkan kita semasa kita dalam kesusahan, dia akan tetap bersama kita walaupun dia terpaksa meninggalkan sesuatu yg lebih menguntungkan jika dibandingkan untuk bersama kita sesama kita didalam kesusahan.

Rasanya setelah 19 tahun bergelar hamba Allah di muka bumi ini, sy telah menemukan berbagai-bagai jenis sahabat. Antaranya sahabat hipokrit, sahabat pengampu , sahabat yg membawa sy jauh dari Allah.

*sahabat hipokrit

ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

*sahabat pengampu

Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

*sahabat yg membawa sy semakin jauh dari Allah

Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Sy bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mengenal sahabat-sahabat yang sebegitu. Tetapi sy lebih bersyukur apabila Allah temukan sy dengan sahabat sejati.
Dia mendorong sy mencapai kejayaan didunia dan diakhirat, 

dia sentiasa memberikan sy pertolongan semasa sy dalam kesusahan,
dia tidak pernah putus-putus memberikan sy dorongan,
dia lebih senang mengalah jika berlaku perselisihan faham demi menjaga kepentingan persahabatan,
dia akan tersenyum apabila melihat sy gembira :)

                    

                                       sy sayang awk, SAHABAT!

                                    Terima kasih, SAHABAT :)
                                                                          
                                     #nurulhidayahkhairudin
                    Persahabatan itu seperti tangan dan mata,                   
                    saat tangan terluka mata menangis,

                    saat mata menangis tangan akan menghapusnya.


                                                                                    love,                                                             




Monday 10 October 2011

Afraid !

Dear FI ,












                                                                                                                      love,

Semakin RINDU


Assalamualaikum
RINDU ITU ADALAH ANUGERAH DARIPADA ALLAH,
INSAN YANG BERHATI NURANI PUNYAI RASA RINDU.
                                                                                                           -Ummi Munaliza-                             

RINDU ?
Mesti semua orang pernah rasa rindu kan. Takkisahlah rindu dekat family, kawan, cikgu, kucing, katak, bantal busuk, ok ! dah cukup merepek -.-

Masa pantas berlalu, sedar ataupun tidak, kita telahpun mengalami satu fasa kehidupan yang lain. Baru semalam rasanya emak memakaikan baju sekolah sewaktu hari pertama persekolahan. Hari ini, sy telahpun habis sem 3. Sesungguhnya, kita akan merindui kenangan yang manis dalam kehidupan kita. 


Sahabat, sy rindu awak !



p/s : Walaupun kita dah tak dapat keluar sama-sama, kongsi cerita sama-sama, susah senang bersama. Awak tak pernah hilang dari ingatan kami , cuma sy minta, jaga diri dan jangan lupakan kami :'|
pandai-pandai bawa diri,ya ?                                                                                      

                                                                                                             love,
                                                                                                                                                                                                                                                                                                    

Undurkan Masa



Assalamualaikum

Kalaulah kita boleh undurkan masa, pasti banyak benda yg kita tak nak lakukan dan semestinya banyak benda yg kita mahu lakukan.
Sy sgt rindukan zaman sekolah sy :'(
Banyak perkara yg tak sepatutnya sy lakukan telah sy lakukan dan banyak perkara yg sy nak lakukan tapi tak kesampaian. Boleh tak undur kan masa ? YA , sy tahu semestinya tak boleh, kan. Sekarang kita hanya boleh mengenang kenangan-kenangan dulu sahaja yg manis dan masam . hee 


kalau lah masa boleh diundurkan, banayk sgt2 list perkara yg sy takan lakukan. Antaranya:
  • Belajar betul2
  • Takmahu ponteng sekolah/kelas
  • Taknak couple ;) hihi
  • Taknak buat masalah disiplin kat sekolah

    errr . banyak laa . hehe tanak la listkan banyak2, nanti kantoi. haha





kenangan :')
#gambarnitakdekenemengenapun

Bubye !
                                                       
                                                                                                            love,