mucuk-mucuk sy ;)

Saturday 23 June 2012

Jurang Yang Jarang

Assalamualaikum

Harini terasa nak meluahkan dekat diari yg tak berapa personal ni, cik cɛяιтα Hati♥. Sejak naik sem ni, semuanya yg diharapkan masa cuti sem menjadi lebih baik tak jadi kenyataan bila semuanya berubah. Suasana, orang dan juga harapan. Semua berubah, tapi yg pasti kenangan tak pernah berubah.Tak akan pernah. Mungkin saya je yg rase, ehh tak! Saya pasti semua orang rasa benda yg sama.

Semua benda berubah, ya saya faham. Tapi tak boleh ke berubah kepada kebaikan ataupun berubah kepada sesutu yg menyenangkan hati? Kalau tak berubah tu, memang tak logik. Sedangkan rupa manusia pun berubah dari satu masa ke suatu masa yang lain. Saya mengaku saya pun berubah. Ya berubah! berubah menjadi lebih cepat terasa, cepat patah semangat dan cepat mengeluh.

Haritu saya cuba untuk memulihkan keadaan keadaan dan mengembalikan semuanya kepada yang asal. Tapi saya tak mampu, saya tak kuat. Terasa diri ni sangat lemah. Setiap malam hanyalah air mata yg teman saya bila teringatkan waktu kita bergelak ketawa dan tiada rahsia antara kita. Ya tiada rahsia antara kita, sebelum sem 5. Dulu, kita pernah juga jadi macam ni. Alhamdulillah, semua okay lepastu. Tapi kali ni, macam tak ada harapan untuk kita. Seperti ada jurang besar yg memisahkan kita. Sangat besar.

Sekarang ni, tak ada siapa dah tempat saya nak luahkan segala perasaan. Kongsi rahsia sama-sama. Tak ada, semua dah ada haluan masing-masing. Demi Allah, saya rindu persahabatan kita satu masa dulu. Terasa macam mahu pergi ke suatu tempat yg tenang, ada bunyi ombak. Ada bintang, ada bulan. Nak duduk lama-lama sendirian dekat sana. Tenangkan fikiran dan berfikir dengan lebih matang dan rasional. Mungkin mereka merahsiakan ada sebab. Sebab saya bukanlah orang yg penting lagi? harapnya tidak. Tapi sejujurnya, hati ini sangat sedih.

Kadang-kadang saya tak mampu berlakon selepas penat sangat seharian berlakon dihadapn semua orang, penat sangat. Kadang-kadang tak dapat juga sembunyikan muka yg sangat kecewa ni. Maaf, saya tahu ada yg terasa diantara kita. Tapi kuat manalah saya untuk sorokkan semua perasaan yg saya sendiri tak minta? hmm entahlah. Sesungguhnya Allah memberikan kita sesuatu bukanlah sia-sia. Ada hikmah di balik semua ini. InsyaAllah, pasti ada sesuatu menunggu yg lebih baik. ♥ ♥ ♥



                                                                                                                                love,

No comments:

Post a Comment