mucuk-mucuk sy ;)

Thursday, 7 August 2014

Kawan sebalik tabir (Belakang)

Kakak, apa yang kakak buat bila kawan baik kita sendiri cakap belakang kita, buat sesuatu tanpa ajak kita? Tapi yang paling menyakitkan diaorang baik sangat bila depan kita?

" Dengar sini, tu bukannya kawan baik. Nak di label kawan pun tak layak!"




Kadang-kadang kawan yang rapat, yang kita anggap akan setia dengan kita ni lah yang perangai dia buat kita rasa ada sakit jantung, kencing manis.

Aku bukan lah kawan yang baik dan sempurna, setidak-tidaknya aku tak cakap belakang mereka, aku tak buat sesuatu tanpa membelakangkan kawan-kawan aku sendiri. Manusia tak lari daripada melakukan kesilapan. Kenapa kau pilih untuk cakap belakang aku? Kenapa kau tak pilih untuk tegur aku?

Satu per satu Allah tunjuk dekat aku siapa sebenarnya orang sekeliling aku. Kau masih nak nafikan?







                                                       Love,   

Sunday, 22 July 2012

Ganjaran Solat Terawih Berbeza Setiap Malam ♥

Assalamualaikum.
Salam Ramadhan :)

Alhamdulillah kita dapat lagi merasai bulan Ramadhan tahun ini. Jangan lah kita lepaskan peluang untuk memperoleh ganjaran di bulan mulia ini :)


Kelebihan Sembahyang Tarawih Malam 1 Hingga 30


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.




                                                       Love,   

Saturday, 21 July 2012

Kau bukan Aku.

Kadang-kadang terasa terlalu penat untuk melangkah meneruskan semua ini.
Semua yang aku sendiri tak rela.


Katalah apa yang kau nak kata, aku tak mampu nak halang. Walaupun aku lemas letih dengan semua ini. Kau tak akan faham keadaan aku. Hanya kerana kau bukan aku. Kau nak semua orang faham kau. Tapi kau tak mahu faham orang lain.

Pada dasarnya, hidup ini sangat indah untuk ditangisi. Aku impikan hidup yang sentiasa bahagia. Tapi aku tahu, ianya mustahil kerana aku terlalu mendengar kata orang, menjaga hati orang lain.

'pedulikan mereka'. Memang mudah untuk berkata. Kalau ianya semudah yang dikata, sudah tentu aku buat. aku buat sejak azali lagi.

Tolonglah jangan menyesakkan hidup aku lagi, kalau kau tak mampu nak jadi orang yang aku anggap sebagai kawan aku. Kau pergilah, jangan ganggu hidup aku lagi dengan fitnah kau. Kau bawalah jauh2 perasaan cemburu kau. Aku tak faham kenapa harus cemburu. Kau punya semua, ya semua! semua yang aku tak ada.


                                                       Love,   

Saturday, 7 July 2012

Pakej Penyatuan 3 hari 2 malam ♥♥♥

Assalamualaikum.

Terasa macam nak kongsi hasil tangkapan masa pergi OPKIM ;)

Ketinggianku yang amat meminta penampar ;p

                                               


                                                   


                                                 
Fariq & Yaya

Assalamualaikum kak! hihihihi

 Muka dah macam vampire sbb panas terik -.-


Yana pedajal Fariq ;p 







Malam kebudayaan ♥♥♥

Program OPKIM, program anak angkat organised by saya punya classmate berjalan dengan lancar last weekend :) Sebelum pergi, terasa amat tak seronok sebab dahlah mmg duduk Pontian, then program anak angkat pun dekat Sungai Kuali,Pontian. Tak ada feel lah kan? haha Mula-mula rasa macam nak tarik diri daripada program ni, at last tak jadi.

Tapi syukur Alhamdulillah program ni sangat memberikan makna pada saya, kami yg jarang sangat2 sejak akhir2 ni spent time sama2, dapat buat semua aktiviti sama2. Secara tak langsung, program ini merapatkan KAMI semula selepas banyak hal yang berlaku :') Kalau lah saya tarik diri, mungkin KAMI tak akan rapat balik macam sekarang. Everything happens for a reason kan? ♥♥♥





Alhamdulillah. Thats all i wanna say :')

                                                       Love,   

Resipi Red Velvet Cupcake Mudah

Assalamualaikum.
Petang sabtu yg sejuk sbb hujan, tak ada nak buat apa, tiba2 rasa nak buat Red Velvet Cupcake. Ini dia hasilnya ;)


Seperti yg kak Emma mintak, ni diaa resipi dia.hehe ;) resipi ni pun ikut org je.hee

Bahan kering
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko *kurang sikit pun okay ;)

Bahan basah
2 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu + 1 sudu besar cuka putih / lemon juice )
1 sudu kecil vanilla essence
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu besar pewarna merah

Cream cheese topping
125 gm cream cheese
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula icing
1 sudu besar perahan lemon

Cara-cara

Panaskan oven 180 degree celcius
Ayak bahan kering
pukul semua bahan basah dengan mixer hingga kembang dan sebati
Masukkan bahan kering ke dalam adunan bahan basah - gaul hingga sebati ( boleh guna mixer, low speed)
Masukkan dalam acuan, bakar selama 18-20 minit
Untuk topping , pukul semua bahan sehingga sebati. Letak topping bila cupcakes yang dah masak tu sejuk

Credit: My Resipi

Saturday, 23 June 2012

Jurang Yang Jarang

Assalamualaikum

Harini terasa nak meluahkan dekat diari yg tak berapa personal ni, cik cɛяιтα Hati♥. Sejak naik sem ni, semuanya yg diharapkan masa cuti sem menjadi lebih baik tak jadi kenyataan bila semuanya berubah. Suasana, orang dan juga harapan. Semua berubah, tapi yg pasti kenangan tak pernah berubah.Tak akan pernah. Mungkin saya je yg rase, ehh tak! Saya pasti semua orang rasa benda yg sama.

Semua benda berubah, ya saya faham. Tapi tak boleh ke berubah kepada kebaikan ataupun berubah kepada sesutu yg menyenangkan hati? Kalau tak berubah tu, memang tak logik. Sedangkan rupa manusia pun berubah dari satu masa ke suatu masa yang lain. Saya mengaku saya pun berubah. Ya berubah! berubah menjadi lebih cepat terasa, cepat patah semangat dan cepat mengeluh.

Haritu saya cuba untuk memulihkan keadaan keadaan dan mengembalikan semuanya kepada yang asal. Tapi saya tak mampu, saya tak kuat. Terasa diri ni sangat lemah. Setiap malam hanyalah air mata yg teman saya bila teringatkan waktu kita bergelak ketawa dan tiada rahsia antara kita. Ya tiada rahsia antara kita, sebelum sem 5. Dulu, kita pernah juga jadi macam ni. Alhamdulillah, semua okay lepastu. Tapi kali ni, macam tak ada harapan untuk kita. Seperti ada jurang besar yg memisahkan kita. Sangat besar.

Sekarang ni, tak ada siapa dah tempat saya nak luahkan segala perasaan. Kongsi rahsia sama-sama. Tak ada, semua dah ada haluan masing-masing. Demi Allah, saya rindu persahabatan kita satu masa dulu. Terasa macam mahu pergi ke suatu tempat yg tenang, ada bunyi ombak. Ada bintang, ada bulan. Nak duduk lama-lama sendirian dekat sana. Tenangkan fikiran dan berfikir dengan lebih matang dan rasional. Mungkin mereka merahsiakan ada sebab. Sebab saya bukanlah orang yg penting lagi? harapnya tidak. Tapi sejujurnya, hati ini sangat sedih.

Kadang-kadang saya tak mampu berlakon selepas penat sangat seharian berlakon dihadapn semua orang, penat sangat. Kadang-kadang tak dapat juga sembunyikan muka yg sangat kecewa ni. Maaf, saya tahu ada yg terasa diantara kita. Tapi kuat manalah saya untuk sorokkan semua perasaan yg saya sendiri tak minta? hmm entahlah. Sesungguhnya Allah memberikan kita sesuatu bukanlah sia-sia. Ada hikmah di balik semua ini. InsyaAllah, pasti ada sesuatu menunggu yg lebih baik. ♥ ♥ ♥



                                                                                                                                love,

Monday, 14 May 2012

Orang pertama ♥



                                                                                                 

Assalamualaikum.

First of all, tajuk orang pertama ni takde kene mengena dengan cinta cinton. Eka ade seorg senior ni, nama beliau  Amirah Marliza Raja Kamarudin  ambil course Business Management.

Kitaorg tak pernah bertegur dekat FB sebelum ni, kalau kat kampus tu, selisih senyum senyum je :) hee One day ni, kitaorg berhubung kat FB, comment-2 liking-2.

Akak ni ade upload satu gambar yg dia lukis. Awesome.  Pandainya akak ni lukis *dalam hati. Tanpa rase tak tahu malunye, eka pergi lah comment bila nak lukis gamba eka dengan nada gurau. #eh tulis ade nada ke? haha

 TIBA-TIBA , semalam kak mira ade tag eka dekat satu gambar ni, sekali tengok. Ya Allah, kak mira lukis gamba ekaaaaaaaaa. Seronok seronok. Haaaa. tengok gamba ni!






Sama kannn? Awesome kan dia lukis. Cantikk akak lukis. Bakat akak besar, boleh pergi jauh :)
Akak org pertama yg lukis gamba eka taw.hehe TERIMA KASIH dan TERIMA KASIH ! ♥


                                                                                                                                     love,





Sunday, 13 May 2012

Related to my life



But I'll admit that I was glad it was over
But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and I feel so rough

# Somebody That I Used to Know by Gotye

                                                          Best song ever! 

Saturday, 28 April 2012

Eka ni fake lah eh?

Assalamualaikum.


Fake? ape fake tu sebenanye ehh? eka pun taktahu ape yang orang-2 zaman sekarang maksudkan fake tu apa. Kenapa buat entry pasal fake-2 ni? haihh -..- Sebabnya ade lah seorang hamba Allah yang tak perlulah nak dimention nama dia, bak kata twitter #unmention. ahaaa Seorang hamba Allah ni cakap eka fake depan budak-2 uitm sbb eka mengedit gambar. Ramai ohh orang dekat situ. Tambahan lagi dia cakap eka tak berani letak gamba tak edit! wtf ? brr


Terasa lah jugak dengan dia, tapi nak buat macam mana, mmg eka suka edit gambar. Tak kesahlah gambar sendiri ke, gambar binatang ke! Salah ke kalau edit letak name, tambah contrast +++ tu? TApi takde lah gila sangat sampai tak berani nak upload gamba yg tak beredit! Fake eh kalau edit gambar?
Lepas kejadian tu, eka pergi lah tengok gambar hamba Allah yg tak fake SANGAT tu ! Ya Allah, edit gamba kemain lagi! Amboi, cakap tu biarlah pandang-2 ya. Tengok diri sendiri dulu sebelum cakap orang :')



Hambik gambar eka yg tak edit, nak tengok sangat kan. Tenung puas-2 sampai tembus lappy awak tu yaa cik adik manis!
#SENTAP okay.
             
                                                                      sentap sentap sentap


                                                                                                   




What girls want

‎45 THINGS A GIRL WANT, BUT WON’T ASK FOR:

1. Touch her waist.
2. Actually talk to her.
3. Share secrets with her
4. Give her your jacket.
5. Kiss her slowly.

Are you remembering this?
6. Hug her.
7. Hold her.
8. Laugh with her.
9. Invite her somewhere.
10. Hangout with her and your friends together.

KEEP READING ..
11. Smile with her.
12. Take pictures with her.
13. Pull her onto your lap.
14. When she says she loves you more, deny it. Fight back.
15. When her friends say “I love her more than you”, deny it. Fight back and hug her tight so she can’t get to her friends. It makes her feel loved.

Are you thinking of someone?
16. Always hug her and say I love you whenever you see her.
17. Kiss her unexpectedly.
18. Hug her from behind around the waist.
19. Tell her she’s beautiful.
20. Tell her the way you feel about her.

One last thing you need to do to show her you actually do mean it.
21. Open doors for her, walk her to her car - it makes her feel protected, plus it never hurts to act like a gentleman.
22. Tell her she’s your everything - only if you mean it.
23. If it seems like there is something wrong, ask her - if she denies something being wrong, it means SHE DOESN’T WANT TO TALK ABOUT IT - so just hug her.

24. Make her feel loved.
25. Kiss her in front of OTHER girls you know!

WE MIGHT DENY IT BUT WE ACTUALLY LIKE AND KINDA WANT YOU TO TICKLE US ..
26. Don’t lie to her.
27. DON’T cheat on her.
28. Take her ANYWHERE she wants.
29. Text message or call her in the morning and tell her have a good day at school, and how much you miss her.
30. Be there for her whenever she needs you, and even when she doesn’t need you, just be there so she’ll know that she can always count on you.

ARE YOU STILL READING THIS? YOU BETTER, BECAUSE IT’S IMPORTANT.
31. Hold her close when she’s cold so she can hold you too.
32. When you are alone hold her close and kiss her.
33. Kiss her on the cheek; (it will give her the hint that you want to kiss her).
34. While in the movies, put your arm around her and then she will automatically put her head on your shoulder, then lean in and tilt her chin up and kiss her lightly.

35. Don’t ever tell her to leave even jokingly or act like you’re mad. If she’s upset, comfort her.

REMEMBER ALL THESE THINGS WHEN YOU ARE WITH HER NEXT ..
36. When people diss her, stand up for her.
37. Look deep into her eyes and tell her you love her.
38. Lay down under the stars and put her head on your chest so she can listen to the steady beat of your heart, link your fingers together while you whisper to her as she rests her eyes and listens to you.
39. When walking next to each other grab her hand.
40. When you hug her, hold her in your arms as long as possible.

MAKE SURE SHE KNOWS SHES LOVED.
41. Call or text her at night to wish her sweet dreams.
42. Comfort her when she cries and wipe away her tears.
43. Take her for long walks at night.
44. Always remind her how much you love her.
45. Sit on top of her and tell her how much you love her and then bend down to her face and kiss her while you’re sitting on her.

You’ll never know when she needs just a little more love .. ♥
#copy paste ;)

Thursday, 15 March 2012

Lepaskan dia pergi.



Terkadang manusia akan hanya fikirkan diri sendiri. Apa yang baik untuknya, itulah yang terbaik untuk semua orang. Walhal terkadang ada yang boleh tersakiti oleh apa yang diperbuatkan. Saya tidak ingin membenci orang. Kerana saya juga manusia biasa yang membuat kesilapan.


                                                                           
                                                                              love,

Wednesday, 7 March 2012

I miss everything

Dear you,
  
I miss everything that we have been through together

Even though we've changed and we're all finding our own place in the world, 

we all know even though we are no longer share the tears fall or the smile spreads across our face, 

we still friends :')

                                                                                  love,

Saturday, 3 March 2012

Menaruh harapan dekat bekas Boboiboy / Gegurl ?

Assalamualaikum

Gerunnya tajuk ni, haha Menaruh harapan dekat bekas kekasih kita, biasalah tu. Mesti ramai yg pernah mengalami bende ni kan ? :)






Kalau lah bekas kekasih kita tak boleh menerima kita balik, janganlah paksa dia untuk menerima kita balik, ia tak akan berhasil kerana usaha yang datang daripada sebelah pihak sahaja tidak memberi hasil.

Sekiranya kita dapat tahu bahawa bekas kekasih kita dah ada boboi/gegurl baru, tak payahlah terus mengejar dia, biarkan kebahagiaan mereka. Belajar untuk menerima hakikat.

Sebaiknya, kita perlu teruskan kehidupan kita dengan orang lain yang lebih menghargai kita dan boleh buat kita bahagia  :)

# motivasi tak bertauliah. hee

                                                                                                                                                                                                    love,


Sunday, 1 January 2012

LARA LAGI



Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah


Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia


p/s: sy sayang awak :'/  sy doakan yg terbaik utk awak.
     
                                                           love,


Friday, 30 December 2011

hmm :'(

miss you much my dear JaHaT :'( 
bila awak nak sihat? lama dah eka tunggu awk keluar dari workshop :'(
eka tau awk sakit teruk sbb eka , eka minta maaf :'(



#miss u much JaHaT :'(

                                                      love,


Saturday, 24 December 2011

Break sekejap

Haihhhhhhhhhhh..... Panjangnya mengeluh ! Ishh ishh ishh -.-

Students life memang la tersangat-sangat sibuk. Nasib baik lahh ada cuti (tak cuti sgt sebenarnya) semperna Christmas & New Year . Dapat la berehat masa mid sem break yang tak berapa nak lama ni . Seronok . Seronok dan Seronok ! hee



Muka yang teramat gembira time nak pergi last class tahun 2011,
class ECO Pukul 2 ptg hari Jumaat :D

Disebabkan students life yang teramatlah sibuk, eka pun tak sempat lah nak luahkan isi hati dekat belog tersayang ni . dan tak sempat jugak nak online facebook . ouhhh sedihnya !

Kelas hari-hari sampai petang . kalau kelas tak pack pun mesti ada aktiviti yang tak dapat dielakkan. TAPI , inilah namanya students life kan , mestilah sibuk . kalau tak sibuk bukan student namanya. Bak kata pepatah biar susah susah dahulu senang senang kemudian.cewahhh!

Naik cuti ni , TEST & QUIZ yang menunggu bukan main banyak lagi. ASSIGNMENT yang perlu disiapkan bukan main bertimbun lagi . Adat lahh tu kan ? So time cuti ni kena lah prepare untuk tests & quizzes dan siapkan assignment yaa !


Selamat Bercuti semua :)




                                          love,



Sunday, 18 December 2011

Kanser kerana mee segera !

Selamat petang semua ! :D 

Siapa yang tak pernah makan mee segera? Tak kira lah jenama apa. For sure, majoriti pernah makan kan mee segera ni tak kiralah kerap ke jarang ke kan. Eka ni lah penggemar mee segera yg tegar ! HAHA 

Biasanya, students di universiti lah yang paling kerap dan gemar makan mee segera ni sebab murah dan mudah ! Sedapp pulak tu kan . slurrppppp !

Sebagai contoh, ni haaa mamat yg suke makan mee segera :D

#slurrpppppppppp

Menurut laporan doktor, terdapat sejenis lilin yang melapisi mee segera dari melekat antara satu sama lain yang akan membahayakan kesihatan penggunanya.

Seseorang yang mengambil mee segera sitiap hari akan berpeluang menghadapi kanser. Doktor mengatakan bahwa tubuh kita memerlukan waktu lebih dari 2 (dua) hari untuk membersihkan lilin tersebut daripada badan kita.
 # Pastikan lepas 3 hari baru boleh makan maggy lagi yaa :D

Mee segera penyebab kanser :
Ada seorang pramugari SIA (Singapore Air) yang setelah berhenti dan kemudian menjadi seorang suri rumah tangga, tidak memasak tetapi hampir selalu menggunakn Mee segera setiap kali dia makan. Kemudian akhirnya menderita kanser dan meninggal. 

sumber:pakcik google

Gerunnya tengok gambar kat atas ni kan ? 

# kurangkan lah pengambilan mee segera ni ya :)

                                         

                                                              love,


Monday, 12 December 2011

Accident.Accident.Accident

Eka accident bertarikh 22 NOVEMBER 2011 lebihkurang pukul 9.30pagi macamtu.
Alhamdulillah eka tak apa2, cume luka2 & lebam2 sikit.
Tapi,Sedih sgt sebab JaHaT sy sakit teruk :(



Teruk kan JaHaT kesayangan eka ni ?

Actually, ramai yg tanya mcm mana boleh accident , eka nak explain pun susahh.
Pagi-pagi selasa ni eka nak balik rumah sebab cuti Hari Keputeraan Negeri Johor,walaupun cuti sehari, eka tetap nak balik, yelaa,kata org, bende dah nak jadi, nak buat mcm mana kan.hmm

Eka lalu second link nak balik pontian, then kene lah lalu jalan ulu pulai kan.
Perjalanan mcm biasa, denga lagu dekat radio, kereta pun tak banayk, kerete pn tade pape problem, bawak pn tak laju . lebih kurang 60-70 km/h

jalan dekat situ mmg bengkangbengkok mcm ular kene palu. hee ;)
tapi eka accident dekat kawasan lepas kubur cina, jalan dia straight sgt.

Dekat jalan straight tu lah tiba-tiba mata eka gelap, langsung tak nampak apa pun.
then terus masuk jalan org lepastu langgar moto. Time langgar moto tu eka langsung tak sedar ape2.
eka sedar time ade dua org akak yg baik hati ni dtg kat kereta tolong eka.

kesian org moto tu :( dia teruk :....(

rasa mcm pelik kan, tapi tulahh kenyataan dia, eka pn taktahu nak explain kat org mcm mana :(

Nasib baik rakyat Malaysia ni prihatin :) ramai yg tolong eka, kalau diaorg takade, taktahu la mcm mana.

Kalau kita sakit kan boleh menghapus dosa kita kan ? Allah nak beri eka pengajaran . Semua nya dah tertulis kan. :) Eka redha .

Everything happens for a reason kan?
:)

                                                                                                 love,


Saturday, 19 November 2011

benci.baik

Tak salah kan kalau sy terima atau maafkan semula kawan sy yang pernah bermusuh dengan sy. yang pernah sakit kan hati sy sangat-2. yang pernah buat sy rasa meluat sangat-2. yang selalu buat hati sy sakit. Kalau lah dia yg bakal duduk dengan sy, why not sy maaf kan . sampai bila sy nak terus membeci dia kan. hmm

Berkawan itu kan lagi indah daripada bermusuh . lagi-2 dia duduk dgn sy :)

Tapi, tak mudah utk sy terima org yg pernah sakit kan hati sy, org yg pernah sy benci. but, i have to !
ya Allah, tolong la hamba mu ini :'(

Memang lah perangai dia agak pelik, tapi setiap org ada kelemahan dan kelebihan masing-2 kan .

Bagaimana org boleh menerima kekurangan dan kelemahan sy yg bertimbun-2 ni? Begitu lah sy perlu menerima kelemahan seseorg itu .

YA, sy akan cuba buat kali kedua :)
insyaAllah everything will be fine

Ya Allah eka, jangan pentingkan diri sendiri, dia juga manusia . Tak selamanya kau akan berada diatas eka !



                                                                                           love,

Saturday, 12 November 2011

awek VS bakal isteri


LELAKI NAK CARI AWEK


~ Tak kisah laa dia freehair atau bertudung
~ Pakai seksi dan ketat satu kelebihan
~ Nak yang kulit putih jer , muka cantik tu paling dia nak
~ Tak kisah dia perangai macamana pon. Notty lagi dia suka
~ Boleh keluar rumah anytime , anywhere.
~ Nak yang gedik sana , gedik sini. Boleh pegang-pegang
~ Ada DARA ke takde ke tu belakang cerita. Kalau takde DARA , tu satu peluang baik


LELAKI NAK CARI BAKAL ISTERI


~ Nak yang ALIM dan menutup aurat tu WAJIB ! kalau tak bertudung pun mesti sopan
~ Reti hormat orang tua
~ Nak yang pandai dekat dapur. Reti masak-masak
~ Tak kisah cantik ke tak janji sejuk je mata memandang
~ Nak cari yang pandai jaga maruah ! Tak boleh ada lelaki lain sentuh
~ Cari yang pandai jaga diri. Tak curang bila dia kerja
~ Nak yang SUCI jer ! Ada DARA tu WAJIB !


#betul ke macam ni ? errr =="

                                                                                               love,